Bomba selamatkan empat lelaki terperangkap

  • 6 tahun lalu
KEMAMAN 30 Dis. - Empat lelaki termasuk dua remaja yang terperangkap semasa memikat burung di hutan simpan Pesama Timber, Cerul, dekat sini setelah laluan dinaiki air berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ceneh, lewat petang tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Hasbullah Halipah berkata, kesemua mangsa yang berasal dari Kampung Paman Jalan Ibok dekat sini memasuki hutan itu pagi semalam dan terpaksa bermalam di rumah kongsi pembalakan yang ditinggalkan.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.

Disyorkan