Runner barang, bukan runner orang

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Hanya mahu 'test market', bukannya memberikan perkhidmatan membawa penumpang dengan motosikal - itulah penjelasan yang diberikan oleh Yus Nor Shaqirah Yus Azman Shukri, 20, apabila ditanya mengenai penularan kisah dia menawarkan perkhidmatan tersebut ketika ini.

Gadis yang menjadi perbualan hangat di media-media sosial dengan khidmat penghantaran bermotosikal itu memberitahu Utusan Online, kemas kini akaun Facebook miliknya mengenai khidmat membawa penumpang wanita yang ditularkan itu sebenarnya bertujuan untuk mendapatkan maklum balas rakan-rakan mengenai potensi perkhidmatan tersebut.

Anak sulung daripada empat beradik yang lebih mesra dipanggil Yus itu menyatakan, dia sebenarnya menjalankan perkhidmatan penghantaran barang atau runner, bukannya membawa penumpang seperti yang disangkakan oleh netizen.

Menurut pelajar semester akhir Diploma Penerbangan di sebuah kolej swasta ibu kota itu, dia sedia maklum perkhidmatan membawa penumpang menggunakan motosikal telah diharamkan oleh kerajaan pada Februari tahun lepas. - UTUSAN ONLINE

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.

Disyorkan