Destar ride gaya Kelab Permotoran Wings Malaysia

  • 6 tahun lalu
Suatu ketika, Datuk Awie mengakui beliau amat 'poyo' sewaktu menunggang
motosikal berkuasa tingginya. Selama lebih 30 tahun vokalis kumpulan Wings itu
'bermain' dengan motosikal, hari ini hatinya terbuka untuk mengajak generasi
muda, mengikis sikap poyo apabila berada di atas jentera beroda dua.

Baru-baru ini, Awie selaku Presiden Kelab Permotoran Wings Malaysia
melancarkan penubuhan kelab tersebut setelah beroperasi kurang lebih setahun.

Mempunyai visi untuk membuka sebuah rumah kelab permotoran, Awie
menjelaskan apakah objektif penubuhan Kelab Permotoran Wings Malaysia.
Ikuti sedutan sidang akhbar sempena perasmian penubuhan kelab tersebut yang
di adakan di Banting, Selangor. - UTUSAN ONLINE

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.

Disyorkan