Maklumat perbankan dipergunakan sindiket

  • 6 tahun lalu
ORANG lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya. Itulah nasib mangsa-mangsa jenayah penipuan menggunakan maklumat akaun individu lain.

Mereka terpaksa menanggung implikasi perundangan gara-gara perbuatan jenayah penipuan yang dilakukan oleh sindiket yang telah memperdayakan me­reka untuk memberikan maklumat akaun masing-masing atas pelbagai alasan, terutamanya untuk mendapatkan pinjaman atau wang.

Ada dalam kalangan mangsa terpaksa menghadapi sehingga berbelas pertuduhan jenayah yang didakwa dilakukan oleh individu lain menggunakan maklumat kewangan mereka.

Malah, ada juga mangsa yang menghadapi pertuduhan bagi jenayah membabitkan penipuan berjumlah sehingga RM500,000.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/hidup-sengsara-dituduh-menipu-1.611461#ixzz57SCd8Ae6
© Utusan Melayu (M) Bhd Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.

Disyorkan