Syed Saddiq mengadap TMJ

  • 6 years ago
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menerima mengadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman di Istana Pasir Pelangi, Johor Bharu.

Melalui kemas kini Facebook Johor Southern Tigers, selain Sultan Ibrahim turut menerima mengadap Syed Saddiq dan Zaiton adalah isteri baginda, Che' Puan Khaleeda Bustamam.

Kemas kini di laman sosial itu turut memaklumkan pertemuan antara Syed Saddiq dan Tuanku Ismail bagi memberikan serta berkongsi pandangan mengenai sukan dan projek belia di negeri Johor.

Baginda Tuanku juga difahamkan turut membincangkan mengenai isu-isu semasa terutama dari aspek kesukanan.

Beberapa gambar turut dimuat naik dalam laman sosial Johor Southern Tigers menyaksikan Syed Saddiq bersalaman dan berbual bersama Tunku Ismail selain membuat tinjauan di beberapa lokasi yang tidak dinamakan di mana.

Recommended