'Saya harap China simpati terhadap Malaysia'

  • 6 years ago
Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin meminta Beijing untuk lebih bersimpati berhubung dengan isu fiskal semasa Malaysia.

Perdana menteri Malaysia itu berharap China akan memahami situasi itu dan dapat membantu dalam menyelesaikannya.

"Kami berharap China memahami masalah kami dan akan bersimpati berhubung dengan masalah fiskal dalaman kami," katanya pada sidang media bersama dengan rakan sejawatnya Perdana Menteri China Li Keqiang selepas mesyuarat dua hala mereka di Beijing.

Dr Mahathir dalam rangka lawatan rasmi lima hari di China.

“Bantu kami menyelesaikan sesetengah daripada masalah fiskal kami,” kata Dr Mahathir.

Kerajaan baru Malaysia di bawah Pakatan Harapan, pimpinan Dr Mahathir, berdepan hutang kira-kira RM1 trilion didakwa akibat salah pengurusan kewangan negara oleh kerajaan terdahulu.

Dr Mahathir berkata hubungan dua hala Malaysia-China perlu diperkukuhkan lagi.

Laporan Eksklusif KiniTV/ Malaysiakini: Vivian Yap dan Norman Goh dari China.

Recommended