Hadi gesa BRIM diteruskan

  • 6 years ago
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu kerajaan terus memastikan nasib golongan memerlukan seperti penerima skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) terus terbela.

Kata Abdul Hadi, ia penting bagi kerajaan mengatasi masalah kemiskinan di negara ini.

“Apa yang penting adalah konsep membantu orang miskin, konsep yang perlu diteruskan dan dibuat penambahbaikan dengan cara yang sistematik, jangan hilang begitu sahaja.

“Usahakan supaya betul-betul dapat mengatasi masalah kemiskinan,” katanya dalam sidang media selepas majlis melabuh unjam di perairan Marang, Terengganu minggu lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu laporan mendedahkan bahawa BR1M akan dikurangkan dan akhirnya dihapuskan.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula dilapor berkata bantuan itu akan dihentikan kerana terdapat unsur rasuah.

Recommended