Rebut peluang niaga daripada orang asing

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Rakyat Malaysia perlu merebut peluang untuk menjalankan perniagaan daripada terus dikuasai oleh warga asing.

Menurut Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin, negara menawarkan banyak peluang dan ruang perniagaan yang boleh diceburi oleh mereka yang berminat untuk menjadi usahawan.

Syed Kamaruzzaman menjelaskan, apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang berkenaan ialah mencari perniagaan yang sesuai dengan diri masing-masing seterusnya menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengannya.

Tambah beliau, semua itu boleh diperolehi di PNS dan apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang mahu menjadi usahawan ialah menghubungi pihaknya bagi mendapatkan khidmat panduan dan nasihat. - UTUSAN ONLINE