'Apa ketawa-ketawa, awak mana tahu'

  • 6 years ago
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Umno-Pasir Salak) hari ini menampilkan dirinya sebagai pejuang masyarakat India, malah menggelarkan dirinya sebagai seorang "ultra India".

Tajuddin berkata demikian ketika mencelah Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik ketika sesi soal jawab lisan, untuk bertanya sama ada kerajaan akan menimbang untuk membina sebuah sekolah rendah Tamil di kawasan parlimennya.

Soalan itu mengundang ketawa anggota parlimen Pakatan Harapan (PH). "Kenapa anda ketawa?" balasnya.

Beliau kemudian menambah: "Saya sayang orang India (I love Indians, you know," dan ketawa.

RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudian bangun dan bertanya sama ada Tajuddin berpura-pura.

Tajuddin kemudian berkata: "Anda tahu saya beri cucu kepada orang India? Saya bantu pembedahan orang India agar boleh melihat semula".

"Anda tak tahu, Jelutong. Saya sayang orang India. Saya ultra India (I'm ultra Indian, you know)," katanya lagi.


Kenyatan itu menarik perhatian Maszlee yang sebelum itu menjawab soalan M Karupaiya (PH-Padang Serai) berhubung isu sekolah Tamil.

"Terima kasih Pasir Salak (kerana bertanya). Saya tak sangka (untuk mengetahui) yang dia sangat sayangkan orang India atau dia seorang ultra India.

"Jadi benarlah kata-kata, 'don't judge a book by its cover'," katanya.

Tajuddin kemudian berkata: "Jangan nilai berdasarkan songkok saya".

Recommended