'Saya cukup marah apabila mengetahui status Pulau Kukup berubah'

  • 6 years ago
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Pulau Kukup kekal diwartakan sebagai Taman Negara dan bukan ditukar ke Tanah Kesultanan.

Muhyiddin menegaskan beliau cukup marah apabila mengetahui mengenai pembatalan warta itu.

Menurut Menteri Dalam Negeri itu lagi, Pulau Kukup harus kekal sebagai taman negara kerana memudahkan orang ramai untuk keluar masuk tanpa mendapatkan kebenaran dari mana-mana pihak.

Justeru Muhyiddin berkata rela merayu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, supaya mengekalkan status Pulau Kukup sebagai Taman Negara.

Isu status Pulau Kukup menjadi isu hangat berikutan keputusan Johor membatalkan status taman negara dan mengubahnya sebagai tanah kesultanan.

Kemudian kabinet bersetuju Pulau Kukup harus dikekalkan sebagai taman negara.

Recommended