'Biar Malaysia-Singapura selesaikan isu ILS di Seletar'

  • 6 years ago
Biarkan sahaja Malaysia dan Singapura bersama-sama berunding mengenai isu tatacara baharu Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar memandangkan pakar teknikal kedua-dua negara akan bertemu pada Januari untuk menyelesaikan perkara itu, kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook.

Loke berkata, Malaysia telah menyatakan sebab-sebabnya dan tampil dengan sebuah video bagi menjelaskan kedudukan, yang beliau anggap “amat jelas”.

"Saya rasa cukuplah dengan apa yang diperkatakan mengenai isu ini. Biarlah kedua-dua pihak duduk berbincang isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan kemudahan “Happy Guest, Caring Hosts Service Culture" dan “Senior Citizen and Family-Friendly” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.

Recommended