Impian Raja Amirul Mukmin tercapai

  • 6 tahun lalu
MACHANG 8 Jan. - Selepas impian untuk melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Sains (SMS) Machang hampir tidak menjadi kenyataan kerana kemiskinan, hari ini, hasrat pelajar kurang upaya yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah (UPSR), Raja Amirul Mukmin Raja Safari termakbul.

Raja Amirul Mukmin, 13, bersama ayah, Raja Safari Raja Ibrahim, 38, dan ibunya, Rozilawati Mamat, 36, yang diiringi oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Manak, Rosli Ismail dan Presiden Kelab Volunteer i Care (VIC), Muhammad Afiq Aiman Sukri mendaftarkan diri di sekolah tersebut.

Disyorkan