Aksi Dr M di pentas ICEA-III di Dakar

  • 5 years ago
Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan tentang pentingnya kerajaan yang stabil untuk memacu pembangunan mana-mana negara ketika berucap pada persidangan mengenai kemunculan Afrika di sini.

Perdana Menteri Malaysia itu menarik perhatian bahawa banyak negara telah menerima demokrasi sebagai sistem pemerintahan.

Beliau berkata, bagi Malaysia, kuasa undi dihormati dan membenarkan parti yang menang untuk membentuk kerajaan yang kuat selepas pilihan raya.

Tun Mahathir berkata demikian apabila berkongsi pengalaman Malaysia ke arah pembangunan semasa sesi dialog peringkat tertinggi pada Persidangan Antarabangsa Kemunculan Afrika kali ketiga (ICEA-III) di Dakar pada Khamis.

Dr Mahathir berkata hasil demokrasi hanya dapat dinikmati jika rakyat memahami kuasa undi.

Sesi itu turut disertai Presiden Senegal Macky Sall dan Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keita.

Recommended