'Nak makan pun susah'

  • 5 tahun lalu
JEMPOL 25 Jan. - Kira-kira 500 orang dari 100 keluarga peserta Felcra Rompin dekat sini hidup dalam kesusahan paling getir dalam sejarah tanah rancangan berusia 37 tahun itu ekoran elaun sara hidup sebanyak RM800 sebulan tidak lagi diterima sejak Ogos tahun lalu.

Mereka kini hidup dalam keadaan terumbang-ambing memandangkan tanaman getah untuk tanah rancangan itu masih dalam proses tanaman semula sejak Ogos 2015.