Tahun Baru Cina: 4 makanan wajib perlu dirasai di Tropicana Golf Country Resort

  • 5 tahun lalu
Kurang dari dua minggu lagi Perayaan Tahun Baru Cina bakal diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berbangsa Cina. Oleh itu, anda sudah tahu mahu makan masakan Tradisional Cina di mana? Tropicana Golf Country Resort menawarkan anda makanan tradisional Cina yang enak dan pastinya tidak akan mengecewakan bermula 16 Januari hingga 19 Februari depan. Pelbagai makanan yang dihidangkan secara set termasuklah Big Pot Luck, itik panggang, Hang Fook dan semestinya Yee Sang. Apa lagi, jangan lepaskan peluang menikmati makanan di Tropicana Golf Country Resort bersama keluarga tercinta!