Buta bukan penghalang Cikgu Ramli memanah

  • 6 tahun lalu
KUALA NERUS 26 Jan. - Hilang penglihatan sejak berusia lima tahun akibat demam namun, kemampuan yang ditunjukkan Ramli Mat Shom, 50, ketika melepaskan anak panah ke sasaran setanding mereka yang celik.

Ramli yang merupakan tenaga pengajar di Pusat Pengajian al-Quran Braille, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Terengganu di Seberang Takir di sini pernah memperolehi sembilan mata, iaitu rekod terbaiknya sejak terlibat dalam sukan itu kira-kira setahun lalu.

Disyorkan