Muhyiddin setuju dengan Anwar

  • 5 years ago
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju dengan pendapat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan punca kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.

Muhyiddin berkata kekalahan PH pada PRK Cameron Highlands sabtu lepas merupakan satu pengajaran untuk PH memperbaiki kelemahan atau kekurangan dalam pakatan, terutama dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Tambah Muhyiddinwalaupun tewas, PRK itu memberi peluang kepada PH mendapat maklum balas rakyat mengenai harapan mereka terhadap kerajaan.

Terdahulu Anwar dalam satu kenyataan selepas keputusan PRK Cameron Highlands diumumkan berkata keputusan PRK Cameron Highlands perlu menjadi peringatan buat PKR dan juga PH untuk memperbaiki beberapa kelemahan.

Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog Kongres Melayu Perlis 2019 di Arau malam semalam.

Category

🗞
News

Recommended