Dakwa leher dicekak, Syed Saddiq buat laporan polis

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaannya diserang semasa menghadiri proses penamaan calon di Semenyih, dekat sini hari ini.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) itu tiba di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya, dekat sini kira-kira pukul 2 petang sebelum keluar kira-kira pukul 3.30 petang.