Kerajaan akan biaya projek LRT3 - Guan Eng

  • 5 years ago
Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dijadual siap menjelang 28 Feb, 2024, akan menerima sokongan kerajaan dalam bentuk pembiayaan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, sebahagian besar pembiayaan projek dengan kosnya telah dikurangkan kepada RM16.63 bilion berbanding RM31.65 bilion sebelum ini, akan disalurkan oleh Kementerian Kewangan berikutan kedudukan Prasarana Malaysia Bhd sebagai entiti milik kerajaan.

Lim berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis memeterai kontrak untuk projek LRT3 di Ibu Pejabat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Menara UOA, di Kuala Lumpur, hari ini.

Category

🗞
News

Recommended