'Anwar cakap atas khabar angin'

  • 5 years ago
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata beliau akan membuat sidang media khas bagi menjawab dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim berkenaan parti itu membayar RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.Beliau berkata pihaknya akan mengemukakan segala bukti berkenaan perkara itu. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, hari ini.Beliau diminta mengulas dakwaan Anwar ketika berceramah di Semenyih semalam, bahawa PAS membayar RM1.4 juta kepada Clare bagi menyelesaikan saman fitnah yang difailkan presidennya Abdul Hadi Awang.

Recommended