K'jaan digesa tangani cadangan EU larang minyak sawit

  • 5 years ago
Felda, Felcra, Risda dan Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia menggesa kerajaan menghentikan semua rundingan dagang dengan kerajaan Eropah sementara menunggu resolusi cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk melarang penggunaan minyak sawit sebagai bahan bakar bio menjelang 2020.Pengerusi Felcra Bhd Nageeb Ahmad berkata keputusan itu dicapai ketika pertemuan pertama tiga agensi kerajaan dan persatuan pekebun kecil itu.Nageeb berkata gesaan ini dibuat selepas usaha kerajaan untuk meyakinkan EU mengenai dakwaan kemapanan minyak sawit Malaysia dan kesan perladangan kelapa sawit terhadap alam sekitar kelihatan tidak mendapat maklum balas sewajarnya.

Recommended