Rara bercerai talak satu

  • 5 years ago
Perkahwinan ADUN Ketari Young Shefura Othman dan Muhamad Masyhur Abdullah berakhir hari ini selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Muhammad Masyhur ketika melafazkan cerai itu dengan lancar dan tenang.Lafaz itu dibuat 11.40 pagi tadi.Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah membenar dan mensabitkan jatuh talak satu, kali pertama selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara bersama.Sebelum ini Muhammad Masyhur memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.Sebelum bermulanya prosiding itu, Muhammad Masyhur turut meminta pemberita memberikan ruang kepada dia dan Young Shefura.Kedua-dua mereka hadir ditemani Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil.Young Shefura dan Muhammad Masyhur berkahwin pada 25 September 2016.

Recommended