Perhimpunan aman bagi pencinta keamanan akan dianjurkan - Mujahid

  • 5 years ago
Sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada wakil-wakil agama dan pertubuhan bukan kerajaan akan mengadakan himpunan kedamaian pada Sabtu ini.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof, himpunan tersebut bakal diadakan di Dataran Merdeka sekiranya mendapat kelulusan pihak berkuasa.Beliau yang mempengerusikan mesyuarat hari ini berkata hasrat penganjur ialah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin persatuan, NGO dan tokoh agama untuk bersama-sama terbabit dalam aktiviti mempromosikan kedamaian."Ia memang dalam rancangan kami untuk program 2019, bagi merancakkan lagi hubungan damai antara kaum di negara ini," katanya pada sidang media di bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad serta pemimpin Islam, Kristian, Hindu dan Buddha adalah antara tokoh yang menghadiri mesyuarat tersebut.Mujahid yang tidak meletakkan sebarang jumlah kehadiran tertentu pada himpunan itu berharap rakyat Malaysia hadir beramai-ramai bagi menunjukkan perasaan cinta kepada keamanan di Malaysia.Beliau yang juga anggota parlimen Parit Buntar menjelaskan, himpunan itu bukan sahaja susulan daripada insiden serangan di New Zealand yang menyebabkan 50 nyawa terkorban setakat ini.

Recommended