Soal siasat polis berjalan lancar - Razlan

  • 5 years ago
Bekas pemimpin Pemuda Umno Razlan Rafii hari ini disoal siasat oleh polis selama 1 jam setengah pagi tadi.Menurut Razlan, soal siasat berjalan dengan baik dan adil.Beliau turut mengulangi kenyataanya pagi tadi bahawa tulisan di Twitter yang mahu “tembak puak-puak DAP” mempunyai banyak makna dan menyarankan pemimpin DAP mempelajari Bahasa Melayu.Razlan pada Jumaat lalu mengulas ciapan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi yang mendakwa pemimpin DAP semakin kurang ajar dan melampau apabila mengaitkan insiden serangan terhadap masjid di New Zealand dengan penyatuan PAS-Umno.Razlan disiasat bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).Seksyen 505(C) adalah berkaitan dengan kenyataan yang mendatangkan khianat awam, dengan niat menyebabkan ketakutan, atau mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.Seksyen 233 CMA pula berkaitan dengan penyalahgunaan talian Internet yang membawa hukuman sehingga RM50,000 atau hukuman penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Recommended