'Saya setuju dengan PM'

  • 5 years ago
Menteri Kewangan Lim Guan Eng bersependapat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perlunya Malaysia dan Singapura memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat jambatan untuk memudahkan aliran trafik antara kedua-dua negara.

Menurut Guan Eng ia terpulang kepada Singapura kerana ia memerlukan persetujuan dari negara itu dan mendapat persetujuan mereka.

Semasa sesi soal jawab di Invest Malaysia 2019, di Kuala Lumpur Selasa lepas, Mahathir berkata berbanding Pulau Pinang yang kini merancang untuk membina jambatan ketiga mereka ke tanah besar dalam bentuk terowong, aliran trafik di Singapura jauh lebih besar.

"Walaupun Pulau Pinang yang kurang penduduknya daripada Singapura pada mulanya menolak jambatan pertama, tetapi kemudiannya kita membina jambatan lain dan sekarang kita mahukan satu lagi terowong dan itu (hanya) Pulau Pinang dan tanah besar.

"Trafik Singapura jauh lebih besar daripada Pulau Pinang, kita hanya mempunyai satu jejambat dan jambatan, kita memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat jambatan," kata Mahathir lagi.

Recommended