Kurang ajar! Penunggang kemalangan kereta masuk lorong kecemasan

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 1 April - Seorang lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan apabila sebuah kereta tiba-tiba memasuki lorong kecemasan dalam kejadian berdekatan susur masuk Seremban, Negeri Sembilan, Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke ibu negara, semalam.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 4.20 petang yang dirakam kamera sebuah kenderaan yang melalui lebuh raya itu tular di media sosial sejak semalam dan kebanyakan warganet mengecam tindakan pemandu kenderaan tersebut.

Menerusi rakaman kamera berdurasi 35 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebook itu, kelihatan sebuah kereta Toyota Hilux yang memandu di lorong tengah tiba-tiba menukar lorong kiri sebelum terus memasuki lorong kecemasan secara tergesa-gesa.

Berita lanjut di: http://bit.ly/2UovUdU