Polis trafik dirempuh kereta ketika kawal lalu lintas

  • 5 years ago
Seorang polis trafik dirempuh sebuah kenderaan ketika sedang bertugas mengawal lalu lintas sehingga melambung atas jalan raya.

Menurut laman rasmi Facebook Buletin TV3, kejadian berlaku di persimpangan Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur kira-kira jam 8 pagi.

Keadaan polis trafik yang terlibat masih tidak diketahui setakat ini.

Recommended