Kerajaan ini gila, kata Zaid

  • 5 years ago
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim membidas keengganan kerajaan untuk mendedahkan laporan akhir Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Menerusi statusnya di Twitter, Zaid berkata kerajaan mesti telus dalam membendung rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan rahsia sepatutnya terhad kepada perkara-perkara keselamatan yang sebenar.

Justeru beliau berkata, jika pendapat enam orang terkemuka mengenai urusan pentadbiran dan ekonomi adalah 'rahsia' maka rakyat tidak mempunyai harapan.

Menurutnya lagi Tun Daim Zainuddin dan anggota CEP lain bekerja keras untuk menyediakan laporan itu dan seharusnya rakyat perlu membaca laporan itu dan berbincang.

Namun bekas ahli aprlimen Kota Bharu itu menggelar kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan gila apabila mengklasifikasikannya sebagai rahsia rasmi.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin. memberitahu Dewan Rakyat bahawa laporan itu akan terus dilindungi mengikut OSA.

Walau bagaimanapun, beliau berkata tidak seperti kerajaan sebelumnya, pentadbiran semasa tidak akan menggunakan OSA untuk menyembunyikan rasuah.

Recommended