189 wanita berjaya hamil kaedah IVF pada 2018

  • 5 years ago
Seramai 189 dari 976 wanita berjaya hamil selepas menjalani rawatan Persenyawaan In Vitro (IVF) di hospital kerajaan pada tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata mereka mendapatkan rawatan IVF di empat buah hospital pada 2018 iaitu di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah (262 orang); Hospital Kuala Lumpur (339 orang), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah (224 orang) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu (151 orang).

Recommended