Pengecualian baiki kabel bawah tanah, bantu industri telekomunikasi

  • 5 years ago
Kedudukan Malaysia dalam perkhidmatan membaiki kabel dasar laut antara terendah di dunia sehingga memberi kesan negatif terhadap daya saing negara dalam menarik pelaburan tempatan dan asing dalam sektor telekomunikasi dan internet.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini berikutan tempoh membaiki kabel dasar laut di negara ini terlalu panjang iaitu 27 hari.

Ini menyebabkan kerugian kepada pengguna biasa dan perniagaan yang memerlukan rangkaian telekomunikasi untuk berhubung.

"Lead-time"akan dikurangkan kepada 14 hari dan membantu penarik pelabur asing khususnya industri telekomunikasi, ia tidak langsung membantu kos syarikat telekomunikasi.

Recommended