Keseluruhan prestasi PH tak gagal - Gerakan

  • 5 years ago
Presiden Parti Gerakan Datuk Dominic berkata hasil keseluruhan prestasi Pakatan Harapan (PH) tidak gagal hanya 'ok'.

Menurut Dominic, berdasarkan pemantauan parti tersebut, daripada 63 dasar dan keputusan dibuat kerajaan PH sebanyak 31.7 peratus pada tahap positif dan 22.1 peratus negatif manakala 43 peratus lagi adalah campuran positif dan negatif.

Dominic berkata demikian pada sidang media mengenai ‘Penilaian Prestasi Kerajaan PH Bagi Suku Pertama’ 2019 di Ibu Pejabat GERAKAN, Menara PGRM, Cheras, di sini, hari ini.

Recommended