• 6 years ago
KOTA BHARU 14 April - Ketika menyelusuri lorong-lorong kecil di Kampung Baung pagi Khamis lalu, Utusan Malaysia mendapati persekitarannya sunyi sepi.

Kebanyakan rumah seolah-olah tidak berpenghuni dengan pintu dan tingkapnya yang tertutup rapi.

Timbul persoalan, ke mana mereka terutama golongan suri rumah dan warga emas yang tidak bekerja hilang pagi-pagi begini?

“Setiap pagi bermula pukul 9 hingga tengah hari, kebanyakan penduduk sibuk membuat sate. Mereka berhenti rehat seketika pada waktu tengah hari sebelum masuk ‘pejabat’ semula sehingga lewat petang,” kata wakil Penghulu Kampung Baung, Shahrul Azuar Ismail.

Category

🗞
News

Recommended