Seorang diktator, saya juga mendengar pendapat - Tun M

  • 5 years ago
PETALING JAYA – Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat Majlis Presiden pada Jumaat bagi membincangkan barisan kabinet yang akan ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan itu.

Kata Tun Dr Mahathir Mohamad, kabinet yang ditubuhkan perlulah seimbang berdasarkan komposisi rakan komponen dalam gabungan parti itu.

“Esok akan ada mesyuarat Majlis Presiden untuk bincangkan penubuhan kabinet saya perlu buat keputusan jumlah barisan kabinet saya berdasarkan komposisi parti dalam gabungan kami,” katanya ketika sidang medianya yang pertama selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang Ke-7.

Beliau dalam pada itu berkata walaupun gabungan tersebut lahir daripada pebagai latar belakang namun kesemua mereka akan bekerjasama untuk memastikan manifesto yang dijanjikan ditunaikan.

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/05/11/seorang-diktator-saya-juga-mendengar-pendapat-tun-m/

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended