Najib sugul meninggalkan kediaman

  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dalam perjalanan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi mengadakan sidang media.
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/05/10/najib-sugul-meninggalkan-kediaman/


Beliau yang meninggalkan kediamannya tepat jam 10.57 pagi itu dikawal tiga buah kereta pengawal dan beberapa anggota polis pengiring.

Najib dijangka mengadakan sidang media di Dewan Tun Hussein Onn pada jam 11 pagi ini selepas Barisan Nasional (BN) kalah kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) semalam.

Ketika memasuki kenderaan rasmi perdana menteri, Najib dilihat agak sugul dengan membawa beberapa keping kertas dipercayai kenyataan rasmi beliau berhubung kekalahan BN pada PRU14 kali ini.

Turut kelihatan adalah Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang tiba seawal jam 9 pagi tadi.

Media yang membuat liputan di perkarangan kediaman Najib mendapati ramai sahabat yang berkunjung di kediaman Najib antaranya Presiden Presiden MAICCI, (MAICCI), Tan Sri Kenneth Eswaran

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended