Tun Mahathir Memahami Tony | Edisi MG 28 MEI 2018

  • 5 years ago
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan rasa simpati terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan AisAsia, Tan Sri Tony Fernandes berikutan tekanan yang dikenakan oleh kerajaan terdahulu kepadanya.


Menerusi wawancara ekslusif bersama akhbar The Edge Weekly, Tun Mahathir memberitahu bahawa beliau sedar akan beberapa syarikat atau individu yang dilihat bersahabat dengannya sebelum ini berisiko menjadi sasaran LHDN.


Tun Mahathir mengulas berkenaan video komen Tony yang memuji bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum PRU ke 14 lalu dan video kedua Tony Fernandes selepas pengumuman kemenangan Pakatan Harapan yang memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tunduk kepada tekanan Barisan Nasional.



MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended