TERKINI : "OCPD Gombak Ditukar 24jam" - Ketua Polis Negara

  • 5 years ago
Kegagalan memerangi kegiatan judi haram di daerah Gombak ialah punca Ketua Polis Daerah itu Asisten Komisioner Ali Ahmad ditukar 24 jam ke daerah lain.

Turut terlibat dalam pertukaran serta merta itu dalam isu berkenaan ialah beberapa pegawai kanan lain dari ibu pejabat daerah Gombak itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata mengesahkan tindakan itu adalah sebagai memberi pengajaran tegas kepada ketua polis negeri dan juga daerah di seluruh negara yang gagal melaksanakan arahannya.

"Beliau (Ali Ahmad) tidak terlibat dalam kegiatan judi itu, tetapi isunya beliau gagal mengambil tindakan membanteras kegiatan itu di kawasan Gombak.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended