TERKINI : "Lokman Sudahlah! Cari Modal Lain Nak Fitnah!" - Anwar Ibrahim

  • 5 years ago
PORT DICKSON - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Presiden Pemantau Malaysia Baharu Datuk Lokman Noor Adam supaya mencari modal lain selain isu liwat untuk menyerang beliau.

Teguran calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Port Dickson itu menyusul selepas Lokman dalam status media sosial Facebook peribadinya mendakwa bakal Perdana Menteri itu sedang disiasat polis Singapura kerana terlibat dalam kes liwat di negara republik itu.

Menurut Anwar, 72, beliau tidak mahu memedulikan atau mengambil serius tuduhan ahli Majlis Tertinggi UMNO itu sebaliknya mahu memberi fokus meneruskan kerja dan kempen beliau mendekati rakyat pengundi untuk mendapatkaan mandat mereka.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended