Tun M Tetap Sayang MAS Airlines | EDISI MG 20 MAC 2019

  • 5 years ago
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang mengkaji sama ada mahu menerima ataupun menolak langkah pihak-pihak tertentu yang berhasrat mahu membeli Malaysia Airlines Bhd. yang kini sedang dilanda kemelut dan masih lagi mengalami kerugian.


Tun Dr Mahathir bercakap pada sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini, salah satu daripada cara menyelesaikan kemelut MAS ialah dengan menjualkan saja walaupun menurut beliau, beliau sayang kepada syarikat penerbaangan itu.


Tun Dr Mahathir juga berhasrat mahu menjadikan Malaysia Airlines sebagai sebuah syarikat penerbangan nasional namun, dengan keadaan yang telah berlaku hasrat tersebut mungkin tidak akan tercapai.




Sehingga jam 9 pagi tadi, hanya 44 pesakit masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) ekoran pencemaran toksin di Pasir Gudang semakin berkurangan manakala jumlah pesakit yang telah dibenarkan pulang adalah seramai 40 orang.


Menteri Besar Johor, Datuk Osman Safian berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengambil keputusan untuk menutup secara rasmi Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana dan Pusat Rawatan Medic Base Stadium Tertutup Pasir Gudang pada 12 jam tengah hari ini.


Namun begitu, kerja-kerja pemantauan oleh agensi-agensi yang telibat akan diteruskan mengikut keperluan agensi masing-masing.



Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mendapat peruntukan sebanyak RM338 juta untuk Program Pembangunan RISDA diagihkan kepada 552,543 orang pekebun kecil di seluruh negara tahun ini.


Peruntukan itu diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merangkumi Program Tanam Semula Getah, Prasarana Asas Pertanian, Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan, Skim Insentif Produktiviti Getah, Khidmat Pengembangan dan Latihan Pekebun Kecil.


Menurut Datuk Seri Mohamed Azmin ALi, sebanyak RM37 juta daripada jumlah itu diagihkan kepada RISDA Negeri Kedah yang akan memberi manfaat kepada 73,642 orang pekebun kecil di seluruh negeri itu.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Recommended