Saya tidak risau - Tinjauan Merdeka Centre Prestasi PH Merosot

  • 5 years ago
Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak begitu bimbang dengan hasil tinjauan Merdeka Centre baru-baru ini yang menunjukkan rating penerimaan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan prestasi beliau sebagai Perdana Menteri telah merosot.

Sebagai kerajaan memerintah, Mahathir berkata, PH memang menjangka ia akan dikritik dan kehilangan sedikit popularitinya.

Menurut hasil tinjauan Merdeka Centre itu, rating penerimaan kerajaan menurun ke tahap 39 peratus pada 11 Mac lepas daripada 79 peratus pada 31 Mei 2018, manakala prestasi Mahathir dalam mentadbir negara juga menurun kepada 46 peratus daripada 71 peratus pada Ogos 2018.

Recommended