• 5 years ago
Resepi Blueberry Cheese Tart

Bahan-bahan:

Tart Shell

125 gram butter
50 gram gula aising
1biji kuning telur
250 gram tepung gandum
1tspn esen vanila
Pewarna makanan
Cream Cheese

250 gram cream cheese
60 gram gula kastor
1biji kuning telur
Esen vanila
1 tbsl butter
Perasa

Blueberry Jem
Cara Membuat

Langkah 1
Kacau butter dan gula aising hingga sebati. Butter hendaklah mencapai suhu bilik dan DILARANG kacau hingga kembang.

Langkah 2
Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna. Kacau sebati.

Langkah 3
Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut.

Langkah 4
Masukkan doh ke dalam acuan tart dan bakar 125 selama 20 minit.

Langkah 5
Pada bekas lain, satukan cream cheese dan gula ke dalam bekas lalu pukul sehingga kembang. Cream cheese DILARANG mencapai pada suhu bilik.

Langkah 6
Masukkan kuning telur, butter dan esen vanila. Pukul hingga kembang.

Langkah 7
Paipkan sedikit blueberry jem ke dalam tart shell dan penuhkan dengan cream cheese. Corakkan atas cream cheese dan bakar 120 selama 15 min. Sedia dihidang.

Recommended