Cukup dengan apa yang Anwar lakonkan itu - Hadi

  • 5 years ago
Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pelakon berhubung hasratnya untuk dikenali sebagai pemimpin negara yang memiliki keyakinan teguh terhadap Islam apabila memegang jawatan sebagai perdana menteri nanti, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Kata Abdul Hadi, lakonan Anwar berubah-ubah mengikut keadaan dan ia jelas dilihat berdasarkan majlis dihadiri sebelum ini dengan ada di antaranya menimbulkan kontroversi termasuk membabitkan babak beliau menari.




Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya selepas kuliah Jumaat di Masjid Rusila dpada Jumaat.

Semalam, Anwar meluahkan hasrat ingin dikenali sebagai pemimpin negara memiliki keyakinan teguh terhadap Islam apabila memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelak.



Di samping itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mahu menjadi pemimpin yang sangat prihatin terhadap orang bukan Islam.



Hasrat itu dinyatakan dalam Majlis Iftar Perdana anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Alumni Kolej Dar al-Hikmah di Kuala Lumpur.

Category

🗞
News

Recommended