Huawei jangka ada OS sendiri akhir tahun ini

  • 5 years ago
Ketua Pegawai Eksekutif Huawei menjangkakan OS yang dibangunkan sendiri akan bersedia untuk pelancaran pasaran seawal akhir tahun

Huawei Technologies, gergasi telefon pintar dari negara Cina yang kini menghadapi larangan dari Amerika Syarikat, menghalang daripada menggunakan perkhidmatan Google pada telefon bimbit yang dijual di pasaran luar negara, kini merancang untuk melancarkan sistem pengendaliannya sendiri yang serasi dengan Android Google.

Menurut Ketua eksekutif perniagaan mudah alih Huawei, Richard Yu Chengdong, OS yang dibangunkan sendiri itu akan dapat menyokong pelbagai produk dan sistem dalam ekosistemnya, termasuk telefon pintar, komputer, tablet, TV, kereta dan pakaian pintar yang juga akan serasi dengan semua aplikasi Android dan aplikasi web yang sedia ada, Yu adalah dipetik sebagai berkata dalam laporan Sekuriti Times yang diterbitkan pada hari Selasa.

"OS Huawei yang baru ini akan dilaksanakan untuk diperkenalkan di pasaran sebaik sahaja musim luruh dan tidak lewat daripada musim bunga tahun depan," kata Yu.

Bagaimanapun, Huawei tidak segera mengesahkan atau mengulas laporan tersebut.

Recommended