Runtuhan konkrit di LRT Gombak, pasangan suami isteri warga Indonesia ditemui

  • 5 years ago
Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menemui 2 mayat warga Indonesia yang dilaporkan hilang dalam kejadian runtuhan konkrit selepas beberapa jam penggalian di bawah struktur bangunan yang runtuh bersebelahan Terminal LRT Gombak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata mereka ditemui berpelukan antara satu sama lain ketika saat akhir hidup mereka.

Beliau berkata mayat pasangan suami isteri itu ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat yang bermula 9.30 pagi.

Ketua Polis Gombak Samsor Maarof berkata pihaknya memulakan siasatan berhubung runtuhan itu.

Recommended