Najib sedih tidak dapat rai bersama majlis graduasi Yana

  • 5 years ago
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini berkongsi rasa sedihnya kerana tidak dapat meraikan konvokesyen anak perempuannya Nooryana Najwa pada hari ini.

Nooryana pada hari ini menerima ijazah sarjananya di Universiti Harvard di Boston, AS.

Menurutnya sebagai bapa, dia berasa amat sedih tidak dapat berada di sana meraikan detik ini,” kata Najib di Social medianya bersama sekeping gambar Nooryana yang memakai jubah konvokesyen bersama suami, anak dan adik lelakinya.

Kata Najib, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghalangnya daripada ke luar negara, malah pergerakannya di Malaysia pun mengundang rasa tidak selesa kepada kerajaan sehingga membuat laporan polis .

Dalam hantaran ringkasnya itu, Najib meminta maaf pada Nooryana namun tidak lupa meluahkan rasa bangganya atas kejayaan anaknya itu.


Dalam pada itu, Nooryana turut memuat naik satu hantaran ringkas di Instagram miliknya.

Katanya, biarpun kerajaan PH menghalang ibu-bapanya ke luar negara bagi bersama-sama meraikan detik bermakna itu, suami dan adiknya tetap ada bersamanya.

“Tiada masalah. Malu Apa Bossku?” katanya bersama sekeping gambarnya bersama baju T “Bossku”.

Dalam postingnya, dia turut melampirkan ijazah sarjana dalam pentadbiran awam yang diterimanya dari Universiti Harvard.

Recommended