Najib kembali ke mahkamah

  • 5 years ago
Selepas berehat selama seminggu sempena kedatangan 1 Syawal, Najib Razak kembali dibicarakan atas tuduhan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) hari ini.

Memasuki hari ke-21, perbicaraan hari ini akan tertumpu kepada keterangan bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Azian Mohd Noh.
Najib Razak hadir dengan bersut warna krim dan memasuki mahkamah sebelum duduk di barisan depan menanti perbicaraan bermula.

Turut memasuki mahkamah, ketua pasukan pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah.

Recommended