Aidilfitri yang sendu?

  • 5 tahun lalu
BETUL ke suram? Ramai yang beritahu saya, sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini tidak meriah seperti dahulu.

Kenapa jadi begitu? Ada yang beri alasan tidak dapat bonus, ada yang kata barang makin mahal, jadi buat persiapan ala kadar sahaja; ada yang kata dia baru berhenti kerja, tidak bolehlah boros. Peniaga pula beritahu tidak ramai pelanggan datang ke kedai mereka, semua mahu berjimat cermat agaknya.

Walau bagaimanapun, lebuh raya tetap sesak dengan kenderaan apabila ramai berpusu-pusu nak beraya di kampung masing-masing. Saya sendiri yang biasanya dari ibu negara ke Ipoh ambil masa tidak sampai dua jam, tapi menjelang 1 Syawal terpaksa redah kesesakan empat jam. Bukan meriah ke tu?

Disyorkan