Bersatu cadang setiap ahli boleh mengundi pemilihan parti

  • 5 years ago
Bersatu mengikut langkah PKR selepas majlis pimpinan tertingginya bercadang memberi peluang kepada semua ahlinya mengundi pada pemilihan parti.Namun berbeza sedikit berbanding PKR yang memberi hak untuk setiap ahli memilih pimpinan tertinggi, Bersatu hanya bercadang membenarkan ahlinya mengundi di peringkat bahagian dan cawangan sahaja.Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad berkata partinya akan mengadakan mesyuarat khas untuk meminda perlembagaan parti agar setiap ahli diberikan hak mengundi pada pemilihan parti.

Recommended