Nor Phoenix Diana ahli gusti wanita pertama negara

  • 5 tahun lalu
Nama Nor Diana Khamarulzaman, 20, lebih dikenali sebagai Nor Phoenix Diana selepas dia berjaya menewaskan empat peserta yang kesemuanya lelaki dalam MyPW Fight Back pada 6 Julai, baru-baru ini.

Walaupun memiliki tubuh yang kecil dan berhijab, minat dalam sukan gusti terdetik didalam hatinya sejak berusia 14 tahun.

Pada usia 16 tahun, Nor Phoenix Dianja menyertai satu perlawanan persembahan, MyPW Uprising yang diadakan pada 16 Februari 2016 bertempat di Taman Tun Dr. Ismail, dekat sini.

"Selepas menyertai perlawanan persembahan, saya mengambil masa selama tiga tahun untuk berlatih dan memantapkan teknik sebelum menyertai MyPW Fight Back.

"Dalam tempoh itu, saya melalui lebih 10 perlawanan dan menentang antara 10 hingga 15 peserta lawan," katanya usia segmen bual santai, Girls Republique yang disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online.

Ditanya apakah hala tujunya selepas memenangi MyPW Fight Back, ikuti temubual bersama Nor Phoenix Diana. - UTUSAN ONLINE

Disyorkan