ATM bukan ‘cheap labour’ - Liew

  • 5 years ago
Persepsi rakyat Malaysia bahawa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak ada kerja serta ada banyak masa lapang harus diubah, kata Liew Chin Tong.

“Anggota ATM bukan cheap labour (buruh murah). Saya bagi contoh sahaja. Ada masa kita fikir ada masalah kita panggil ATM.

"Kita tak boleh panggil ATM untuk semua masalah.

“ATM adalah organisasi perdana. Mereka adalah pimpinan penting dalam masyarakat kita. Kita rakyat Malaysia perlu fikir bagaimana menjadikan ATM sebagai organisasi perdana dalam masyarakat,” kata timbalan menteri pertahanan.

Liew berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sebuah dialog di Wisma Pertahanan, Kuala lumpur, hari ini.

Ketika diminta menghuraikan pandangan masyarakat terhadap ATM, Liew bagaimanapun berkata penggantungan orang ramai pada ATM sebenarnya satu penghargaan.

“Tapi, kita tidak boleh panggil ATM untuk selesaikan semua masalah. Kalau kita nak bersihkan kampung, kita panggil ATM. Rakyat fikir mereka tidak ada kerja. Ada banyak masa lapang.

“Ini bukan cara negara yang maju. Kita perlu semua termasuk pemimpin memahami bahawa anggota ATM bukan duduk buat kem dan tak buat kerja. Kerana tugasan utama ATM adalah bersedia untuk peperangan,” katanya.

Recommended