Dr Zakir Naik - Ditelan mati emak, diluah mati bapa, kata PM

  • 5 years ago
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kedudukan pendakwah tersohor dunia Dr Zakir Naik ibarat "ditelan mati emak, diluah mati bapa" dan meyebabkan Malaysia dalam keadaan serba salah.

Dalam temu bual bersama rangkaian berita antarabangsa dari Turki, TRT World, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum tidak sepatutnya menerima personaliti seperti Zakir Naik.

“Di Malaysia, kami mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kami tak mahu sesiapa pun jua datang dan menyatakan pandangan ekstrem terhadap agama lain, atau tentang hubungan kaum (di negara kami).

“Dari sudut itu, kami tak boleh terima dia. Tapi dari sudut lain pula, susah hendak menghantarnya ke mana-mana tempat lain, kerana banyak negara tak mahu dia,” katanya.

Mahathir ditanya tentang pandangan India yang menyifatkan Zakir sebagai seorang ekstremis sementara negara-negara Barat melabelnya sebagai penyebar kebencian.

Recommended